Thursday, June 30, 2022

Dua lagi suspek kes tipu pekerjaan di Kemboja ditahan di Kuching

Secara Rawak

KUCHING: Polis Sarawak menahan dua lagi individu bagi membantu siasatan kes tipu pekerjaan berkaitan penahanan 47 rakyat Malaysia di Kemboja baru-baru ini.

Ketua Siasatan Jenayah Komersial Sarawak, Superintendan Mustafa Kamal Gani Abdullah mengesahkan tangkapan tersebut ketika dihubungi sebentar tadi.

“Suspek ditangkap sekitar jam 5.00 petang semalam.

“Individu pertama ialah seorang lelaki berusia 35 tahun yang ditahan di Traffic Garden manakala individu kedua, seorang wanita juga  berusia 35 tahun di Taman Chung Hua, dua-duanya dekat sini.

Pasukan serbuan katanya, turut merampas telefon bimbit, kad bank ATM dan Mastercard Bigpay.

“Saringan awal turut mendapati suspek lelaki positif dadah jenis Methamphetamine.

Katanya lagi, jika gagal diselesaikan dalam tempoh 24 jam, pihaknya akan memohon perintah reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah, dijangkakan pada jam 2.00 petang ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Setakat ini, Polis Sarawak telah menerima 23 laporan, yang melibatkan 18 lelaki dan lima perempuan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru