Miri: Kerajaan Negeri Sarawak komited dalam memastikan penduduk di luar Bandar mendapat bekalan elektrik 24 jam.

Yang Berhormat Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom Menteri Utiliti Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N.69 Kemena berkata, Kerajaan Sarawak di bawah kepimpinan YAB Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg telah memberi peruntukan khas berjumlah RM2.37 billon bagi tahun 2019 dan 2020 untuk Projek Bekalan Elektirk Luar Bandar (BELB).

Melalui peruntukan khas ini akan dapat mempertingkatkan liputan elektrik di luar bandar dari 91% kepada 97%. Kementerian Utiliti Sarawak menyasarkan untuk mencapai elektrifikasi sepenuhnya di kawasan luar Bandar menjelang tahun 2025.

Sarawak kini mencapai liputan 24 jam sekitar 91% kawasan luar Bandar dan ada lebih kurang 9% lagi kawasan yang belum ada bekalan elektrik ini.

Sebanyak 7 Projek BELB telah siap dilaksanakan di Daerah Subis melibatkan 187 isirumah melibatkan kos berjumlah RM11,090,574.13. Bagi Projek BELB di Rh Alo Ak Riang, Sg Dulang Ulu Suai, Niah pula melibatkan 21 isirumah dengan kos sebanyak RM1,404,094.00.

Sebanyak empat 4 projek yang dalam perlaksanaan di kawasan Suai Niah dan dua 2 projek yang dirancang untuk dilaksanakan di bawah Rural Electrification Masterplan.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar Rumah Alo anak Riang, Sungai Dulang, Ulu Suai Niah anjuran Sarawak Energy Berhad (SEB) dan JKKK Rumah Alo anak Riang, Sungai Dulang, Ulu Suai Niah