Tuesday, June 28, 2022

Suspek pertama rakyat tempatan kes penipuan pekerjaan di Kemboja direman 7 hari

Secara Rawak

KUCHING: Seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun hari ini direman empat hari bagi membantu siasatan kes penipuan pekerjaan yang melibatkan 47 rakyat Malaysia di Kemboja.

Pendaftar Mahkamah Kuching, Dora Undau membenarkan permohonan reman sehingga 28 Februari yang dibacakan oleh Asisten Superintendan Pricha Azin.

Suspek, yang bertugas di sebuah pusat sukan di sini ditahan pada jam 3 petang semalam di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak.

Menurut Ketua Siasatan Jenayah Komersial Sarawak, Superintendan Mustafa Kamal Abdullah, suspek ditahan bagi memberi keterangan, semalam.

Setakat ini, seramai 23 orang telah membuat laporan polis berkenaan kes tersebut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru