HANOI: Penyamar terkenal di dunia yang sempat menyamar imej Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un ditahan polis Vietnam.

Howard X penyamar imej Kim Jong Un bertemu Russel White yang meniru gaya Donald Trump pada Jumaat, tampil mengejutkan di Hotel Metropole dan Opera House di Hanoi.

Aksi kedua-dua mereka sesuai dengan rancangan dua pemimpin dunia sebenar itu mahu bermesyuarat di Hanoi 27-28 Februari ini.

Reuters melaporkan kehadiran dua penyamar ini mencuri perhatian khalayak dan mereka ditahan ketika mahu diwawancara stesen siaran tempatan.

Polis Vietnam memberi amaran agar mereka berhenti membuat penampilan di depan khalayak, atau berisiko dihantar pulang.

Howard X diarah pulang ke hotel penginapannya.

Sementara, semua pergerakan mereka di Hanoi perlu dimaklumkan kepada pihak polis.

Foto: Japan Times