Tuesday, June 28, 2022

Untuk saingi GPS, PH Sarawak terima penyertaan Bersatu

Secara Rawak

KUCHING: Berbeza dengan ketegasan mereka sebelum ini, dan terdesak untuk mengalahkan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang dilihat semakin popular, Pakatan Harapan Sarawak hari ini menerima secara terbuka Parti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebagai sekutunya.

Pengerusinya, Chong Chieng Jen berkata, parti itu membuka pintu kepada Bersatu bagi membolehkan mereka menghadapi Pilihan Raya Negeri yang dijadual pada 2021.

Ini sekali gus menampakkan “ketidakyakinan” komponen parti tersebut yang sebelum ini diwakili Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti Keadilaan Rakyat (PKR) and Parti Amanah Negara (Amanah).

Dalam sidang media di ibu pejabat parti itu di sini hari ini, Cheng Jen yang juga Pengerusi DAP berkata, parti itu turut menubuhkan sekretariat yang ahlinya terdiri daripada dua wakil daripada setiap parti komponen.

Bagaimanapun Chieng Jen enggan mengesahkan sama ada wakil Bersatu akan diletakkan sebagai calon pada PRN kelak.

Dalam PRN 2016, PH hanya menang 10 daripada 82 kerusi yang dipertanding.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru