Thursday, June 30, 2022

Kastam Sarawak rampas dadah RM151,700

Secara Rawak

KUCHING: Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM) Sarawak berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah apabila berjaya merampas dadah jenis Metaphetamie seberat 3.034 kilogram yang dianggarkan bernilai RM151,700.

Pengarah JKDN Sarawak, Datuk Sharifah Halimah Tuanku Taha dalam kenyataannya pada Sabtu berkata pihaknya berjaya menahan seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan.

Mengulas lanjut, penahanan menerusi Cawangan Narkotik itu dilakukan kira-kira jam 2 petang di hadapan premis kurier di Kuching pada Jumaat.

Sindiket dipercayai menggunakan perkhidmatan kurier bagi mendapatkan bekalan dadah kerana pergerakan bungkusan kurier mudah untuk dikesan melalui ‘tracking’.

Saspek berusia 45 tahun katanya kini direman selama tujuh hari sehingga 2 Mac 2019 bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mati jika sabit kesalahan.

Menurut Halimah, tangkapan tersebut merupakan kes dadah yang pertama dan terbesar dalam tahun 2019 bagi Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sarawak.

Menurutnya, bagi tahun 2018, Cawangan Narkotik JKDM Sarawak telah merekodkan rampasan dadah pelbagai jenis dengan nilai sebanyak RM1.7 juta.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru