Tuesday, June 28, 2022

Sekolah daif di Sarawak dibiayai secara pelunasan hutang RM1b oleh Kerajaan Negeri daripada Pusat

Secara Rawak

KUCHING: Kabinet Persekutuan hari ini bersetuju agar Kerajaan Persekutuan melunaskan bayaran hutang RM1 bilion oleh Kerajaan Sarawak dalam bentuk penyelesaian sekolah daif di Sarawak.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataannya berkata, keputusan itu dibuat selepas persetujuan dicapai antara Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg semasa lawatannya di Wisma Bapa Malaysia di Kuching pada Selasa.

Perbincangan dalam pertemuan satu jam itu memfokus kepada masalah sekolah daif di Sarawak bagi memanfaatkan 436,000 murid di seluruh negeri.

“Peruntukan RM1 bilion itu akan digunakan untuk membina semula sekolah-sekolah daif di Sarawak.

“Untuk itu, sebuah jawatankuasa khas akan ditubuhkan melibatkan KPM, Kementerian Kewangan dan Kerajaan Sarawak bagi memastikan urus tadbir projek ini berlangsung bersih dan telus.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak kata kenyataan itu lagi, akan bertindak sebagai agensi pelaksana.

Dalam pada itu, Kabinet juga bersetuju agar projek berkenaan dipantau rapi untuk memastikan wang RM1 bilion itu digunakan secara efisien, seterusnya memberi manfaat kepada warga sekolah terbabit.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru