Tuesday, August 16, 2022

Serang wanita dalam lif: Hadiah RM10,000 jika beri maklumat sehingga suspek ditangkap

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Jika anda memberi maklumat penting sehingga seorang perompak yang menumbuk dan menendang seorang wanita bertubi-tubi di dalam lif ditangkap, anda akan ditawarkan RM10,000.

Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng mewakili individu yang marah dengan kejadian itu, mahu perompak lelaki tersebut ditangkap agar pihak berkuasa dapat mengambil tindakan sewajarnya.

Sesiapa yang mempunyai maklumat boleh hubungi parlimenkepong@gmail.com.

Kejadian pukul 6.45 pagi di Stesen MRT Taman Mutiara, Cheras di sini Khamis lalu dirakamkan kamera litar tertutup (CCTV) yang kemudiannya tular.

Dalam rakaman 55 saat itu wanita berusia 48 tahun yang menggalas beg didapati masuk ke dalam lif diikuti seorang lelaki.

Suspek menyerang mangsa dengan menumbuk di muka menyebabkan beliau jatuh.

Tanpa belas kasihan, suspek terus menumbuk dan menendang mangsa.

Suspek merentap beg mangsa sambil memegang baju wanita yang kelihatan teronta-ronta itu.

Didapati suspek kemudiannya meluru keluar dari lif sambil mencampakkan beg berkenaan ke arah wanita itu.

Difahamkan mangsa kehilangan RM400, kad pengenalan dan kad bank.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru