Tuesday, August 16, 2022

Kemajuan Sarawak bergantung kepada perpaduan rakyat

Secara Rawak

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata kemajuan yang ada pada Sarawak kini adalah kerana nilai perpaduan yang ada pada setiap masyarakat di negeri ini.

Menurutnya, kerajaan telah mewujudkan Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) sebagai satu unit untuk membincangkan perihal berkenaan keperluan agama-agama lain di Sarawak seperti isu perkauman, penambahbaikan rumah ibadat dan sebagainya.

Beliau turut memaklumkan, Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Abang Haji Openg telah menyediakan peruntukan sebanyak RM 30 juta untuk UNIFOR pada tahun ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Makan Malam Persekutuan Persatuan Cina Kuching, Samarahan dan Bahagian Serian Sarawak sempena sambutan Tahun Baru Cina 2019 dan sambutan Ulang Tahun ke-40, di Imperial Hotel, Kuching.

Tambahnya, Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Abang Haji Openg telah mengumumkan “Belanjawan Luar Biasa” untuk tahun 2019 sebanyak RM11.914 bilion di Dewan Undangan Negeri pada November 2018.

Ujarnya, belanjawan tersebut adalah yang terbesar setakat ini, dengan meletakkan tumpuan terhadap pembangunan di luar bandar bagi merangsang kemajuan ekonomi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru