Tuesday, June 22, 2021

Fatimah saran 40 bekas tahanan Sarawak ambil kursus kemahiran

Mesti baca

KUCHING: Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah menyarankan 40 orang bekas tahanan rakyat Sarawak di Kemboja untuk mengambil kursus latihan kemahiran di Pusat Latihan Pembangunan Belia (CENTEXS) bagi mendapat pekerjaan.

Ini kerana menurut beliau 90 peratus graduan CENTEXS telah berjaya mendapat pekerjaan dalam pelbagai sektor yang diminati.

“Di CENTEXS tidak mengutamakan kelayakan pendidikan asalkan mampu untuk menulis dan membaca kerana suatu kemahiran itu sangat penting” ujarnya.

“Mengikut rekod pusat latihan tersebut, lebih daripada 90 peratus graduan berjaya ditawarkan bekerja” ujar beliau lagi.

Beliau berkata demikian selepas lawatan ke Musium Ranee: Margaret of Sarawak di The Old Court House, Kuching, hari ini.

Justeru beliau berharap mereka yang mengikut latihan kemahiran berpeluang untuk mendapat pekerjaan di masa akan datang.

Secara Rawak

Artikel Terbaru