KABONG: Ribuan orang menyerbu pusat penunaian baucar dan kemas kini akaun penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 bertempat di Dewan Polis di sini hari ini.

Untuk tujuan itu kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Bank Simpanan Nasional (BSN) dibuka mulai jam 8. 00 pagi dan akan berakhir pada jam 4. 30 petang.

Penerima dari seluruh kawasan Daerah Kabong mula membanjiri pekarangan dewan seawal jam 6. 30 pagi.

Penerima BSH yang hadir boleh melakukan penunaian baucar dan juga mengemaskini akaun penerima yang kini mewajibkan akaun isteri sebagai penerima bagi yang telah bekeluarga.

Sebanyak enam kaunter pembayaran disediakan bagi melakukan proses pembayaran kepada penerima yang layak.

Penerima juga boleh melakukan penyemakan sama ada baucar mereka sudah dikeluarkan atau belum selepas dibuat kemas kini oleh penerima sebelum ini.