SIBU: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Sibu hari ini menyampaikan sumbangan papan lapis dan pukat kepada penduduk di Rumah Sebastian Ngalang.

Sumbangan itu disampaikan oleh Ketua Cabangnya, Abdul Raafidin Majidi untuk disampaikan kepada 30 penduduk rumah panjang berkenaan.

Sewaktu berada di lokasi kejadian, Abdul Raafidin berkata, ” Sumbangan ini bagi membantu meringankan beban dalam membaiki rumah mereka.”

Tambah Raafidin lagi, ” ini sememangnya telah menjadi prinsip saya untuk bekerja untuk rakyat dan saya perlu mendengar denyut nadi rakyat.”

“Sumbangan ini juga bagi membuktikan bahawa Parti Keadilan Rakyat Cabang Sibu sangat prihatin terhadap kesusahan rakyat di sekitar Sibu terutamanya di DUN Nangka,” ujarnya lagi.

Rumah Sebastian Ngalang terletak di Jalan Oya Lama di Batu 6 1/2 dimana berada di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nangka.

Raafidin yang turut berkongsi di catatan Facebooknya berkata,” Selesai program sumbangan plywood & pukat kepada 30 org penduduk Rh Sebastian Ngalang, Batu 6 1/2, Sibu.”

Raafidin yang menjadi Ketua Cabang PKR Sibu setelah mempertahankan jawatan itu pada pemilihan parti itu November lepas.