LUNDU: Sejumlah RM82,000 diperuntukkan untuk geran Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) bagi semua sekolah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu.

Daripada semua sekolah tersebut, SMK Lundu turut mendapat RM5,000 dan begitu juga SMK Sematan.

“Di samping itu saya juga telah meluluskan RM10,000 bagi permohonan Program Projek Khas Kecemerlangan Akedemik SMK Lundu pada tahun ini,” memetik laporan perkongsian Facebook ADUN Tanjong Datu Datuk Amar Jamilah Anu.

“Kerjasama guru dan ibu bapa juga penting untuk melahirkan generasi yang berwawasan dan berdisiplin serta berkecemerlangan dari segi aspek kokurikulum dan akademik,” ujar Jamilah.

Menurut perkongsian maklumat di media sosial beliau, pada majlis tersebut turut dilancarkan Slogan SMK Lundu “Ohaaaa.. Terus Mansang Jangan Undur. Lundu tok bah uuuu uuu” sebagai pembakar semangat untuk pelajar — mengambil ungkapan yang selalu dilafaz oleh Allahyarham Tok Nan.

Turut hadir Pegawai Daerah Lundu Gustian Haji Durani, Pengetua SMK Lundu Haji Adzuddin Mantrang, Pengetua SMK Sematan Othman Ibrahim.