SIBU: Datuk Sng Chee Hua hari ini membuat laporan polis berhubung tuduhan liar yang mengaitkannya dengan sindiket penipuan pekerjaan di Kemboja.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit ketika dihubungi mengesahkan bekas wakil rakyat dan ahli perniagaan terkemuka berusia 71 itu membuat laporan polis di Balai Polis Ulu Lanang sekitar jam 11.56 pagi tadi.

“Ia berkait tuduhan liar dan fitnah yang tular di media sosial, yang memburukkan dan menjatuhkan imejnya.

Sng merupakan bapa kepada Ahli Parlimen Julau, Larry Sng, ahli politik yang turut membantu mengusahakan pembebasan kesemua mangsa.

Jonathan berkata, mangsa sedar akan mesej tersebut selepas dimaklumkan oleh anak lelakinya menerusi aplikasi WhatsApp.

Kes ini sedang dalam siasatan pihak polis.