(wartawan New Sarawak Tribune melaporkan dari Kemboja)

SIEM RIEP: Isu kebenaran penerbangan menjadi punca kumpulan 47 mangsa penipuan dari Malaysia yang dibebaskan semalam di sini tidak akan terbang ke Kuching, esok.

Ahli Parlimen Santubong, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar ketika mengesahkan perkara itu berkata, biarpun pihaknya telah mendapat pesawat sewaan, JC International Airline, yang akan menerbangkan mereka terus ke Kuching, namun masalah “kebenaran laluan penerbangan” sukar dirundingi kerana cuti umum.

“Kita telah mendapat bantuan Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Tiong King Sing untuk pesawat ini, dan Datuk Otsman Hassan membantu untuk kebenaran di Kemboja, namun ia tidak memadai.

“Jadi kita menjangkakan isu ini akan selesai pada Isnin dan mereka akan terbang terus ke Kuching.

Perkara ini katanya, diputuskan dalam mesyuarat dengan wakil Kerajaan Kemboja pagi tadi.

“Kita memilih untuk tidak menggunakan pesawat komersial kerana masalah kekosongan penerbangan dari Siem Riep, selain menyukarkan urusan imigresen.

“Justeru kita mempertimbang kaedah terbaik iaitu menggunakan pesawat sewaan.