Monday, January 24, 2022

Pengerusi Majlis Daerah Lundu ke 22 angkat sumpah

Secara Rawak

LUNDU: Tahniah di atas pelantikan sebagai Pegawai Daerah Lundu Ke-22 dan mengharapkan pelantikan ini akan dapat membawa Daerah Lundu ini ke peringkat yang lebih baik.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu Datuk Amar Hajah Jamilah Haji Anu berkata Daerah Lundu perlukan pembangunan yang berterusan dalam memastikan rakyatnya menikmati kemudahan yang disediakan kerajaan.

“Saya yakin ciri-ciri kepimpinan yang ada pada Pegawai Daerah Lundu yang baharu Gustian Haji Durani dapat membawa lebih banyak lagi pembaharuan di Lundu dan dapat berkerjasama dengan Ahli-Ahli Majlis dan pegawai-pegawai di Majlis Daerah Lundu.

“Kita mendapat ledakan kunjungan pelancong dan orang ramai selepas jejaran Telok Melano yang dirasmikan pada 26 Januari lepas. Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai tuan rumah untuk menyediakan kelengkapan dan kemudahan untuk para pengunjung,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap di Majlis Angkat Sumpah Pengerusi Majlis Daerah Lundu Ke-22 di Dewan Masyarakat Daerah Lundu hari ini.

Majlis turut dihadiri ADUN Opar Dato Ranum anak Mina.

Dalam pada itu, Datu Datuk Amar Hajah Jamilah mengakui Majlis Daerah Lundu (MDL) sebagai sebuah agensi kerajaan yang aktif dan bertanggungjawab membantu meningkatkan komuniti di Daerah Lundu.

“Selaku ADUN di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu, saya berterima kasih kepada MDL kerana menjadi salah sebuah agensi kerajaan yang aktif dan bertanggungjawab membantu meningkatkan komuniti di Daerah Lundu.

“Saya amat berharap terdapat kerjasama padu di antara saya dan Pengerusi MDL yang baharu bersama Ahli-Ahli Majlis yang lain untuk menjadikan Lundu sebagai tarikan pelancong bukan hanya setakat di Telok Melano tetapi orang luar mesti tahu kita juga ada pantai Pugu, pantai Sematan, Pandan dan Siar.

“Kita juga ada 4 Taman Negara dan air terjun yang terdapat di Sebat dan Jangkar. Semua ini bakal menjadi terikan lebih ramai orang untuk pergi ke Lundu,” tambahnya lagi.

Majlis yang turut dihadiri oleh Setiausaha Majlis Daerah Lundu, Norashikin binti Brahim, Ahli-Ahli Majlis Daerah Lundu, Ketua Masyarakat dan Ketua-Ketua Jabatan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru