MIRI: Bandaraya Miri bakal mempunyai litar permotoran bagi meningkatkan lagi sektor pelancongan sekaligus menjana ekonomi serta menarik minat anak muda melibatkan diri dalam sukan permotoran.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata kerajaan negeri akan melantik perunding dan pakar dalam melaksanakan litar permotoran tersebut.

“Saya telah menjawab cadangan daripada masyarakat miri untuk membuat litar motosikal dan ‘go-kart’, saya akan mengarahkan Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah untuk melantik perunding dan pakar dalam melaksanakan litar tersebut” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu di temubual oleh wartawan TVSarawak selepas menghadiri majlis makan malam sempena Tahun Baharu Cina anjuran Persatuan Persatuan Cina Bersekutu Bahagian Miri di Imperial Hotel malam tadi.

Majlis tersebut dihadiri Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isterinya, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib.