SIBU: Seramai 20 pasukan akan bertanding untuk merebut gelaran juara ‘Sarawak Central Zone Soccer League’ yang bermula hari ini.

Liga ini akan bermula pada hari ini iaitu 16 Februari dan dijangka berakhir pada 28 Julai tahun ini juga. Setiap pasukan yang menyertai hanya akan bermain di hujung minggu.

Untuk hadiah, Juara liga akan mendapat RM15000, naib Johan akan mendapat RM5000 dan tempat ketiga mendapat hadiah sebanyak RM2000 serta tempat keempat pula akan mendapat hadiah sebanyak RM1000

Hadiah sampingan menanti pemenang anugerah Golden Boot dimana akan membawa pulang RM1000 manakala pemenang Golden Hand pula juga akan membawa pulang RM1000 dan kesemua piala ditaja oleh H2 Sport.