ENGKILILI: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang warga emas Langkau Belun, 85 yang memasuki hari kelima masih negatif setelah gagal menemukan sebarang petunjuk.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sri Aman, Kapten (PA) Siti Huzaimah Ibrahim memberitahu, pencarian agak sukar apabila pasukan SAR tidak mendapat sebarang petanda walaupun radius pencarian ditambah.

“Untuk hari ini, pasukan SAR menamatkan pencarian dalam 16 kilometer radius di sungai dan 10 kilometer radius di daratan,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Jelasnya operasi SAR disertai oleh sekumpulan anggota paranormal dari Sri Aman, Sibu, Engkilili dan Sambas Indonesia.

Turut serta pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Pasukan Bomba Sukarela (PBS) serta penduduk sekitar.

Sekitar tengah hari tadi, wakil Ahli Parlimen Lubok Antu Jugah Muyang, Gannie Sinau turut melawat lokasi kejadian dan memaklumkan Jugah akan turun ke untuk meninjau perkembangan operasi.

Operasi ditamatkan kira-kira 5:00 petang dan disambung esok.

Dalam insiden 9 Februari lalu, anak mangsa, Millai mengadu bapanya tidak pulang ke rumah sehingga 8:00 malam setelah keluar dari 11:30 pagi.

Mangsa dipercayai menggunakan tongkat untuk berjalan dan berbaju putih serta berseluar putih pada hari mangsa dilaporkan hilang. –Sarawakvoice