SIBU: Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidikan Teknologi , Dr Annuar Rapaee yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka menyatakan pendiriannya untuk menaik taraf kawasan Iban.

Annuar berkata demikian di dalam catatan terbaharu Facebooknya.

Kata Annuar, “Salah satu perkara yang diberi perhatian di kawasan Iban di DUN Nangka adalah naik taraf jalanraya penghubung dari jalan besar menuju ke rumah-rumah panjang.”

“Di DUN Nangka terdapat 34 pintu rumah panjang. Pada tahun 2018, jalan penghubung ke 12 buah rumah panjang telah dibaikpulih dan dinaik taraf,” jelasnya.

Tambah Annuar, “Tahun 2019, perancangan sedang berjalan untuk perlaksanaan projek sama di rumah-rumah panjang lain di DUN Nangka.”

Annuar sempat juga menyelit video bagi mengubati kerinduan anak-anak perantaun mengenai kampung halaman mereka.

Kata Annuar, “untuk anak-anak perantauan yang bekerja jauh, boleh tag dan share video ini untuk ubati sedikit rindu melihat rumah panjang mereka di kawasan Kemuyang Sibu.”

Annuar menjadi ADUN Nangka sejak tahun 2011 setelah menang pada Pilihan Raya Negeri 2011 dan Annuar sekali lagi mempertahankan DUN Nangka selepas menang pada Pilihan Raya Negeri 2016. –Sarawakvoice