KUCHING: Wartawan dari beberapa organisasi media tempatan bersama-sama dengan Ahli Parlimen Julau Larry Sng dijangka akan terbang ke Kemboja esok untuk menemui 44 orang anak Sarawak yang ditahan di penjara di negara itu.

Sumber memberitahu bahawa beberapa ahli keluarga mangsa pemerdagangan mansua itu akan turut terbang ke Kemboja.

Larry dalam satu kenyataan berkata, Pejabat Kedutaan Malaysia di negara itu berjaya mengatur lawatan rombongan tersebut untuk melawat mangsa di Penjara Banteay Meanchey untuk meninjau keadaan mangsa.

“Saya bangga kerana banyak pihak tampil menghulurkan pelbagai bentuk bantuan,” kata Larry.

AirAsia difahamkan bersedia untuk membawa pulang kesemua mangsa balik ke negara ini.

Hari ini, mangsa telah ditahan di penjara terbabit selama 63 hari.