MONTREAL: Seramai 43 warga Mexico yang menjadi mangsa penipuan sindiket imigrasi dibebaskan oleh pihak berkuasa selepas dipaksa bekerja di sebuah hotel di Kanada tanpa sebarang bayaran, demikian menurut polis.

Mangsa kebanyakannya lelaki itu terpedaya dengan janji manis kononnya dapat belajar dan pekerjaan dengan memperolehi visa serta taraf penduduk tetap selepas menjelaskan bayaran yang ditetapkan.

Sebaik tiba di Kanada mereka ditempatkan dalam rumah yang sempit di bandar Ontario selain dipaksa bekerja, kata Timbalan Pesuruhjaya Polis Daerah Ontario Rick Barnum kepada wartawan.

Dua pegawai syarikat pembersihan di kawasan Barrie, Ontario yang bekerja dengan hotel itu disyaki sebagai dalang dan masih bebas.

Pemerdagangan orang adalah jenayah “perhambaan moden,” kata Barnum.

Sementara itu, Ketua Polis Barrie, Kimberly Greenwood menambah: “sukar untuk percaya jenayah ini berlaku dalam masyarakat kita.”– BERNAMA-NNN-AGENCIES