KUCHING: Menteri Muda Utiliti (Bekalan Elektrik) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi meminta setiap rakyat Sarawak berperanan mengukuhkan perpaduan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum.

Bercakap pada sambutan Tahun Baru Cina Peringkat DUN N.4 Pantai Damai di Dewan Serbaguna Bandar Baru Samariang minggu lepas, Abdul Rahman menganggap usaha sedemikian
penting agar mudah diteladani oleh generasi muda.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai melihat budaya saling mengunjung pada musim perayaan mampu mengukuhkan perpaduan masyarakat.

Sebelum itu di Facebook beliau, Abdul Rahman memuatkan catatan beliau meraikan perayaan Tahun Baru Cina kali ini.

Ini termasuklah kunjungan bersama rombongan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg Sarawak ke rumah terbuka Datuk Lee Khim Shin dan Datuk Sabastian Ting di Miri.

Rombongan turut meraikan Xong Xi Fa Chai di rumah beberapa pemimpin Cina di Bintulu.

Beliau turut bersama-sama Abang Johari serta ADUN Samariang Hajah Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali meraikan sambutan sambutan tahun baharu anjuran Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP).