KABONG: Nur Effa Mariah Binti Haron berusia 27 tahun kini mencari ayah kandungnya, Haron Bin Hassan untuk menjadi wali pada majlis pernikahannya.

Majlis perkahwinan Nur Effa Mariah dijadualkan akan dilangsungkan pada 9 Mac depan dengan pasangannya yang berasal dari Kampung Gerigat.

Sehubungan dengan itu kehadiran ayah kandunganya sangat diperlukan sebagai wali pada majlis akad nikah yang akan dilangsungkan sehari sebelum majlis persandingan.

Effa memberitahu alamat terakhir ayahnya adalah di Sabah. Namun tidak diketahui lokasi sebenar keberadaannya di Negeri Bawah Bayu itu.

Bagaimanapun jelas Effa lagi ada maklumat terkini yang diterimanya menyatakan ayah kandungnya kini berada di Kuala Lumpur.

Lantaran itu kepada sesiapa yang mengenali Haron Bin Hassan berumur 52 tahun, berasal dari Kabong dimohon memaklumkan berita ini bagi membolehkan majlis akad nikah anaknya dijalankan pada tarikh yang dirancang.

Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Effa atau menghubunginya di talian 011 33116214. –Sarawakvoice