TWICKENHAM: Sejauh 33 tahun lalu, si ibu memberikan Debra Goddard sebentuk cincin yang dibelinya di bandar berharga RM52.

Sepanjang tempoh tiga dekad itu Debra percaya cincin tersebut hanyalah diperbuat daripada kaca dan tidak lebih daripada itu.

Jadi, dia menyimpannya teguh di dalam kotak perhiasan.

Debra kini, 55, dari Twickenham, barat London menyimpannya sebagai kenangan sehinggalah si ibu ditimpa bencana rugi sejumlah wang akibat ditipu.

Debra cuba mengadu nasib berjumpa pakar emas dengan harapan mendapat sedikit wang membantu ibunya dengan menjual cincin tersebut.

Selepas membeleknya, jantung Debra “jatuh” mendengar pakar emas itu menawarkan harga sekitar RM4 juta untuk cincin tersebut yang dikenal pasti memiliki batu permata 25.27 karat.

Debra berkata, “Apabila saya berjumpa tukang emas, dia hampir pengsan dan berkata, ‘adakah anda tahu apa ini? Ini berlian’ beritahu tukang emas,” memetik laporan Asia One.

Tambah Debra, “saya duduk sepanjang malam melihatnya, tertanya-tanya apa yang saya perlu lakukan.”

Debra kemudiannya menjual cincin tersebut dalam satu lelongan di Sotheby’s dan dia berjaya membantu ibunya bahkan menjadi jutawan.

“Ia karma untuk perkara buruk yang berlaku dalam kehidupan kita dan setelah ibu saya dirompak segala-galanya,” kata Debra.