KUCHING: Jambatan baharu menggantikan jambatan lama menuju Kampung Subek di Lambir bakal dibina, menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir, Ripin Lamat.

Menurut laporan sebuah portal mengaku projek jambatan baru berkenaan tersenarai dalam Program Transformasi Luar Bandar (RTP) DUN Lambir 2018/ 2019.

Bagaimanapun, menurut laporan berkenaan, Ripin berkata berlaku kelewatan pembinaan jambatan berkenaan berpunca daripada perubahan spesifikasi projek.

Kekuatan jambatan berkenaan mampu menampung kenderaan 3 tan, sementara jalan kampung dinaik taraf kemudian. –Sarawakvoice

Foto: Dayakdailly