KUCHING: Kami disuruh bekerja dari jam 8 pagi hingga 4 petang setiap hari, belajar di tablet bagaimana kerja perjudian dalam talian.

Itulah yang diceritakan Aron Naldy Muhammad Ting Abdullah, 22, salah seorang anak Sarawak yang menjadi tahanan kepada akhbar dalam talian The Khmer Times, hari ini.

Kata Aron lagi, mereka tidak dibenar keluar atau bercakap dengan sesiapa di luar rumah.

“Malah mereka merampas telefon dan dokumen peribadi kami ketika pertama kali tiba di rumah,” Aron kepada sumber disahkan seperti yang dilaporkan oleh The Khmer Times.

Jelasnya, sehingga kini mereka tidak tahu mengapa mereka ditahan dan berharap dapat segera pulang rumah.

Sebenarnya kata Aron, sebelum berangkat ke Kemboja mereka ditawarkan dengan gaji bulanan sebanyak USD1,500 sehingga membawa kepada penahanan di penjara Poipet, Kemboja.

Khmer Times mengetahui bahawa tahanan berusia antara 19 dan 44 tahun termasuk 10 wanita dituduh menipu, membuka dan mengurus perjudian haram dan sedang menunggu pendakwaan.

Aron tiba di Siem Reap pada September tahun lepas bersama dua kawannya, Wong Chung Hung dan Ng Chun Fei selepas masing-masing deposit USD300 kepada sebuah bank Malaysia sebagai pembayaran pasport dan tiket kapal terbang.

Aron bersama 46 tahanan lain, 44 daripadanya adalah anak Sarawak ditahan sejak 11 Disember tahun lalu.

Difahamkan Ahli Parlimen Julau Larry Sng bersama perwakilan media dan ahli keluarga akan terbang ke Kemboja untuk meninjau keadaan tahanan. –Sarawakvoice