Tuesday, August 16, 2022

Emma Maembong akui seperti berperang dengan dirinya sendiri

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Satu tindakan mengejutnya apabila seorang artis Emma Maembong membuka tudung.

Pengakuan itu dibuat Emma pada Rabu minggu lalu menerusi temu bual eksklusif bersama sebuah portal berita.

Menerusinya, Emma, 27, yang sudah lima tahun mengenakan hijab mengaku sudah tidak lagi bertudung sejak tiga hari sebelum tampil membuat pengakuan tersebut, lapor Kosmo.

Ditanya Kosmo mengenai keputusan membuka tudung adakah disebabkan terkesan dengan penularan gambar panas Emma mengakui memang langsung tiada kaitan dengan kes itu.

Foto klick.my

“Saya tidak pernah terfikir pun untuk membuka tudung selepas gambar-gambar itu tersebar. Waktu itu saya masih berhijab dan mencari diri sendiri dengan belajar. Tetapi saya manusia biasa yang tidak sempurna. Sebelum ini saya ada kawan yang awalnya bertudung dan mengambil keputusan membukanya. Tetapi saya tidak pernah menghakimi sesiapa dan tetap memberi kata-kata semangat,”’ katanya dalam portal itu.

Jelas beliau, apabila perkara sama jadi terhadap diri sendiri, beliau berharap orang akan melakukan hal serupa.

“Malangnya hanya caci maki dan fitnah yang dilemparkan kepada saya. Terlalu ramai memaki saya berkaitan gambar tersebut walaupun saya sudah meminta maaf dan cuba memperbaiki keadaan,” katanya.

“Saya seperti berperang dengan diri sendiri dan banyak memendamnya tanpa berkongsi kepada sesiapa. Saya akui, perbuatan ini bukanlah keputusan yang baik dan masyarakat di luar sana janganlah ikut jejak langkah ini. Cuma saya ada alasan tertentu yang tidak boleh dikongsikan dengan semua orang. Cukuplah hanya saya, Tuhan dan keluarga yang tahu,” katanya lagi.

Sebelum ini tular  gambar panas beliau dengan  Syed Abdullah Syed Abdul Rahman, abang kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq.

Mengenai hubungannya itu, Emma berkata: “Buat masa sekarang, saya tidak mahu bercakap mengenai perkara itu. Saya bimbang, kalau dibicarakan nanti akan menimbulkan isu lain. Kejadian baru-baru ini pun sudah cukup membuatkan keluarga saya tertekan kerana dikecam, jadi cukuplah.”

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru