SIBU: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Bahagian Sibu dipenuhi orang ramai pada pagi tadi.

Orang ramai yang berpusu-pusu ke LHDN untuk mendaftar atau mengemaskini maklumat mereka untuk memohon Bantuan Sara Hidup (BSH).

Dikatakan, orang ramai telah menunggu seawal 7.30 pagi untuk mendapatkan borang bagi memohon atau mengemaskini permohonan BSH.

Orang ramai datang silih berganti datang ke LHDN untuk mereka memohon BSH tersebut.

BSH yang diumumkan oleh Menteri Kewangan , Lim Guan Eng pada pembentangan Belanjawan 2019 di Parlimen pada 2 November lalu.

BSH kali ini memperuntukan jumlah peruntukan sebanyak RM5 Billion untuk 4.1 juta isi rumah.

Jumlah BSH yang disalurkan ialah sebanyak RM1000 bagi yang berpendapatan RM2000 kebawah, RM750 bagi yang berpendapatan RM2001 hingga RM3000 , dan bagi yang berpendapatan RM3001 hingga RM4000 akan mendapat bantuan sebanyak RM500.

Kadar Tambahan sebanyak RM120 akan diberikan bagi setiap anak yang berumur 18 tahun kebawah dan tidak ada terhad untuk anak orang kurang upaya (OKU) , serta terhad kepada empat orang anak sahaja.

Tempoh pendaftaran BSH bagi 2019 dibuka pada 1 Februari hingga 15 Mac dan pembayaran akan diagihkan pada Mei dan Ogos bagi fasa kedua dan ketiga.

Pembayaran fasa pertama sudahpun dilaksanakan kepada 4.1 juta isi rumah pada 28 Januari lalu dengan bayaran sebanyak RM300 bagi setiap isi rumah.

Jumlah peruntukan bagi pembayaran fasa pertama ialah RM1.2 Billion. –Sarawakvoice