SIBU: Sambutan Tahun Baharu Cina diteruskan pada hari keenam .
Parti Tindakan Demokratik (DAP) Cawangan Sibu menganjurkan rumah terbukanya di Pusat Khidmat P212 Sibu terletak di Taman Rejang .
Ratusan pengunjung silih berganti untuk menghadiri rumah terbuka ini . Tidak kira latar belakang kaum dan agama memeriahkan sambutan rumah terbuka ini.
Pengunjung dihidangkan dengan pelbagai jenis makanan dan minuman . ‘Angpau’ juga diberikan kepada kanak-kanak yang menghadiri sambutan rumah terbuka ini.
Ahli Parlimen Sibu, Oscar Ling Chai Yew , Ahli Parlimen Lanang , Alice Lau Kiong Yieng, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan, David Wong Kee Woan, serta ADUN Bukit Assek turut menghadiri dan memeriahkan majlis sambutan rumah terbuka DAP ini. –Sarawakvoice
