Friday, December 3, 2021

Pupuk semangat cintakan alam sekitar dalam masyarakat untuk hidup sihat

Secara Rawak

KUCHING: Bertemakan “Be Clean Be Green Be Integrity” program plogging yang berlangsung hari ini berjaya menarik orang ramai bersama-sama saling mengingati untuk menjaga kebersihan alam sekitar sambil menggayakan hidup sihat.

Menurut Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integrity & Ombudsman ) Datuk Haji Talib Zulpilip, budaya integrity harus dipupuk sejak awal lagi dengan membersihkan tempat, mengutip sampah terutamanya tempat sendiri dan jangan dibuang merata rata tempat untuk mengelakkan perbuatan yang tidak bertanggungjawab.

Beliau juga telah menyempurnakan upacara pelepasan peserta aktiviti plogging di Dewan Undangan Negeri Kuching hari ini.

Dianggarkan seramai 1000 orang peserta merangkumi kumpulan penjawat awam dan komuniti setempat turut hadir bagi menjayakan program kali ini.

Program ini juga merupakan anjuran dan kerjasama Unit Integrity dan Ombudsman dari Jabatan Ketua Menteri, MAKSAK Sarawak dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).

Selain itu, ianya juga merupakan gabungan aktiviti berlari atau berjalan serta mengutip sampah dimana aktiviti ini dilakukan sepanjang laluan larian dan mampu menambah variasi pergerakan badan seperti membongkok, mencangkung, dan meregang.

Terdapat pelbagai pengisian program yang dijalankan antaranya pameran daripada SPRM & UNION, Klinik Bergerak Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Sarawak, Pameran dan Jualan Usahawan Mikro Kebajikan (JKMNS) dan pameran dari Jabatan Kesihatan Bahagian Kuching.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru