Friday, December 3, 2021

Pemikir Dayak: Sekitar 10 orang gadis muda 18 hingga 20 tahun dilaporkan ditahan di penjara Kemboja

Secara Rawak

KUCHING: Tidak mahu kalah dalam mengulas kes pemerdagangan manusia membababitkan 44 orang anak Sarawak di Kemboja, sebuah badan pemikir Dayak berharap kerajaan Malaysia dan kerajaan Sarawak dapat membantu dan menyelamatkan kesemua mangsa terbabit.

Pengasas Dayak Think Tank Association Sarawak Wellie Henry Majang dan Presidennya Elias Lipi Mat dalam satu kenyataan berkata, kejadian ini membuktikan negara lemah dalam mentadbir dan menguatkuasakan undang-undang.

Kata mereka, isu jenayah pemerdagangan manusia akan memberi kesan negatif terhadap imej sesebuah negara.

“Ia mencemarkan imej Malaysia di mata dunia,” kata mereka.

Ujar mereka, kemiskinan di tempat asal menjadi satu punca menyebabkan mangsa mahu mengubah nasib.

Media melaporkan bahawa mangsa dijanjikan pendapatan lumayan sehingga RM800 sehari.

Kejahilan diambil kesempatan oleh sindiket terbabit dengan mengekaploitasi mereka.

Difahamkan daripada 44 orang anak Sarawak itu, lebih kurang 10 orang ialah gadis berusia 18 hingga 20 tahun. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru