Friday, December 3, 2021

Pekerja hotel di Kuching gempar, lelaki ditemui mati di dalam bilik

Secara Rawak

KUCHING: Kakitangan sebuah hotel di Jalan Datuk Tawi Sli di sini gempar apabila seorang lelaki ditemui mati di dalam sebuah bilik hotel berkenaan.

Mangsa dalam lingkungan usia 20-an dikatakan sepatutnya mendaftar keluar semalam namun gagal berbuat demikian.

Ini kata satu sumber menyebabkan pihak pengurusan hotel terpaksa membuka pintu hotel selepas panggilan telefon tidak dijawab.

“Hasil pemeriksaan mangsa ditemui tidak sedarkan diri,” kata sumber itu.

Kakitangan hotel pun terus menghubungi pihak polis dan hospital.

Mangsa disahkan meninggal dunia olah pasukan paramedik dan mayatnya terus dibawa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Superitenden Ismail Mahmood, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan polis masih melakukan siasatan lanjut. –Sarawakvoice

Gambar hiasan

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru