Friday, December 3, 2021

Pasukan mencari temui wanita hilang pukul 4.35 pagi tadi di dalam hutan

Secara Rawak

KUCHING: Seorang mangsa hilang, Hasimah Julaihi, 57, berjaya ditemui dalam keadaan selamat pada pukul 4.35 awal pagi tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, mangsa dijumpai oleh Pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) dengan bantuan penduduk kampung.

“Mangsa dalam keadaan selamat, tiada mengalami sebarang kecederaan dan diserahkan kepada keluarga.

“Malam semalam kita menerima laporan mangsa hilang dalam hutan beralamat Rumah Lapie, Ulu Sebauh, Bintulu,” kata kenyataan itu.

Menurut laporan, mangsa keluar ke kebun bersama seorang lagi rakannya sekitar jam 1 petang namun tidak balik sehingga pukul 2 petang.

Anak saudara mangsa kemudiannya membuat panggilan terus ke BBP Bintulu untuk tindakan lanjut apabila Hasimah hilang berseorangan.

Sementara itu, Operasi SAR hari ini diteruskan untuk menjejaki dua lagi mangsa yang hilang.

Mangsa pertama merupakan seorang lelaki warga emas, Langkau Belun, 85, yang hilang dalam hutan beralamat Rumah Buda Meriok Nanga Engkelili, Sri Aman.

Seorang lagi mangsa ialah lelaki muda, Duncan Leslie, 26, yang hilang di simpang Nanga Budu, Krian Saratok Jumaat lalu.

Ganbar fail

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru