SIBU: “Saya belum mendapat apa-apa maklumat mengenai rakyat kita di Kemboja,” kata Ketua Menteri Sarawak , Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg .

“Saya sudah menghantar pegawai saya untuk mendapat maklumat di Kementerian Luar , dan hari ini pegawai kita ada mesyuarat di Wisma Putra ,” jelasnya ketika ditemu bual di selepas berkunjung di kediaman Datuk Tiong Thai King sempena Tahun Baharu Cina.

Tambah Abang Johari lagi, ” selepas itu barulah saya mendapat maklumat mengenai perkara ini selepas pegawai saya memberi taklimat kepada saya pada hari Isnin kelak.”

Abang Johari yang menjawab soalan daripada para wartawan mengenai perkembangan 47 rakyat Sarawak ditahan oleh pihak berkuasa negara berkenaan.

Abang Johari yang berada di Sibu selepas mengadakan lawatan singkat selama sehari untuk kunjungan Tahun Baharu Cina di rumah pemimpin-pemimpin tempatan di Sibu. –Sarawakvoice