CHINA: Abdurehim Heyit etnik Uighur menjalani hukuman lapan tahun di Xinjiang, tempat jutaan Uighur ditahan China.

Menjelang kematian Heyit pemuzik terkenal itu, Turki segera meminta China menutup kem tahanan berkenaan.

Uighur minoriti Muslim berbahasa Turki di Xinjiang, barat China.

Dalam kenyataan Sabtu, jurucakap Kementerian Luar Turki Hami Aksoy mengatakan, “bukan rahsia lebih sejuta warga Turki Uighur ditangkap sewenang-wenangnya menjadi sasaran penyeksaan dan indoktrin politik di penjara.”

Aksoy menyifatkan kewujudan kem seperti itu pada abad 21 merupakan aib besar bagi kemanusiaan.

Beliau menganggap laporan kematian Heyit memperkuat reaksi rakyat di Turki ke atas pelanggaran HAM serius di Xinjiang.

Aksoy turut meminta Setiausaha Jenderal PBB Antonio Guterres mengambil langkah efektif demi mengakhiri tragedi kemanusiaan” di situ.

Sementara, Organisasi pemerhati Hak Asasi Manusia Amnesty Antarabangsa mengatakan mereka khuatir laporan berkaitan kematian Heyit yang belum disahkan secara rasmi itu.

Penahanan Heyit dilaporkan berpunca daripada lagu berjudul “Ayah” dengan liriknya diambil dari puisi Uighur yang meminta generasi mudamenghormati pengorbanan orang sebelum mereka.