Friday, December 3, 2021

Ibu rayu kerajaan bantu bawa balik anak pulang ke tanah air

Secara Rawak

KUCHING: Zunita Sedini, 45, ibu kepada salah seorang daripada 44 rakyat Sarawak yang ditahan di Kemboja merayu Kerajaan Sarawak untuk membawa balik anaknya, Yusuf Islam, pulang ke Sarawak.

Menurutnya, sebelum pergi, Yusuf ada memberitahu bahawa dia pergi ke Kemboja untuk bekerja menjual produk elektronik selama 3 bulan dan akan kembali selepas tempoh tersebut.

Pada 9 Disember 2018, ia merupakan kali terakhir Yusuf menelefon ibunya, Zunita untuk menyampaikan khabar berita.

Dalam tempoh dua minggu selepas dihubungi, Zunita berasa tidak sedap hati kerana Yusuf tidak menghubunginya melalui nombor rakannya yang selalu digunakan untuk berhubung.

Zunita turut meminta pertolongan rakannya iaitu Mohamad Azra untuk pergi ke Kemboja dan mencari keberadaan Yusuf selepas mengetahui Yusuf dalam tahanan.

Azra telah ke Kemboja sebanyak 5 kali dan hari ini merupakan kali ke-enam Azra ke Kemboja untuk terus mendapatkan maklumat di sana.

Dilaporkan seramai 44 daripada 47 rakyat Malaysia berasal dari Sarawak ditahan tanpa bicara di penjara wilayah Kemboja.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru