Friday, December 3, 2021

Dr Annuar ‘kelakar dengan nembiak kampung’ malam tadi

Secara Rawak

SIBU: Program Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidikan Teknologi Sarawak, Dr Annuar Rapaee dengan golongan muda di Kampung Dato malam tadi dapat sambutan meriah.

Program ‘kelakar dengan nembiak kampong’ ini telah diadakan di Gerai Sarimah ini bagi mendapatkan maklum balas dan luahan masalah untuk diberikan perhatian serius olehnya sendiri.

Wartawan SarawakVoice sempat berada di lokasi bagi meninjau lokasi kejadian, pelbagai golongan turut berada di lokasi berlangsungnya program ini bagi memberikan pandangan dan cadangan kepada Annuar yang juga Ahli Dewan Undangan Nangka.

Annuar yang berada dari satu meja ke satu meja bagi mendapatkan maklum balas daripada pengunjung yang menghadiri program ini.

Pengunjung memberikan maklum balas yang positif kepada Annuar dalam usaha menyelesaikan yang dihadapi oleh masyarakat di DUN Nangka.

Program ‘ Kelakar ngan nembiak kampong ‘ di Gerai Sarimah ini merupakan lokasi kedua selepas Koboi Kafe di Kampung Hilir pada Januari lepas. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru