Friday, December 3, 2021

Bilik server Institut Penyelidikan Tanah Gambut musnah dalam kebakaran semalam

Secara Rawak

KOTA SAMARAHAN: Bilik pelayan (server) UPS (uninterruptible power supply) milik Institut Penyelidikan Tanah Gambut di sini musnah dalam satu kebakaran pada jam 8.38 malam semalam.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak menerusi satu kenyataan berkata, bilik berkeluasan 8×10 kaki itu musnah sepenuhnya manakala bahagian siling terbakar 40 peratus.

“Pihak bomba bertindak menggunakan alat pemadam api jenis serbuk kering dan karbon dioksida bagi memadam kebakaran.

“Kebakaran terbabit bagaimanapun tidak melibatkan kemalangan jiwa.

Punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan, katanya.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Samarahan dengan kekuatan tujuh anggota telah dikerah ke lokasi kejadian dan dibantu oleh Balai Tabuan Jaya dengan lapan kekuatan anggota.

Operasi tamat sepenuhnya sekitar jam 10.35 malam. –Sarawakvoice

Gambar: IHSAN BOMBA

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru