Friday, December 3, 2021

Ambil iktibar daripada kejadian yang menimpa 44 anak Sarawak yang ditahan di Kemboja

Secara Rawak

KUCHING: Ambil iktibar daripada kes penahanan 44 anak Sarawak yang kini meringkuk di dalam penjara di Kemboja.

Itulah nasihat Ahli Parlimen Santubong Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar kepada ibu bapa di negeri ini.

Beliau mengingatkan ibu bapa agar menasihati anak-anak mereka supaya menyelidik sebarang tawaran kerja dengan teliti di luar negara bagi mengelakkan mereka daripada terpedaya dan berdepan masalah.

“Kalau tak pasti tanya agensi kerajaan terbabit atau mereka yang tahu,” jelas beliau dalam ucapannya di satu majlis di sini semalam.

Beliau mengakui sedih dengan kejadian itu lebih-lebih lagi selepas membaca nota yang mereka tulis dari balik tirai besi.

“Saya amat sedih dan bersimpati dengan nasib yang menimpa mereka dan keluarga terbabit,” katanya.

“Marilah kita saling memberi ingatan agar anak-anak kita tidak menjadi mangsa,” tambahnya.

Wan Junaidi berkata, kejadian ini dapat menjadi teladan dan pengajaran kepada semua pihak.

Sementara itu di Sibu semalam, seorang kakitangan Pejabat Luar Malaysia yang menghadiri mesyuarat di Wisma Putra semalam akan memberi taklimat tentang perkembangan isu berkenaan kepada beliau esok. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru