Friday, December 3, 2021

5 disyaki positif syabu dalam operasi di Jalan Kuching/Serian

Secara Rawak

SERIAN: Lima orang lelaki didapati positif dadah jenis syabu atau methamphetamine dalam operasi bersepadu di Jalan Kuching/Serian, semalam.

Ketua Operasi daripada pihak Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Serian, Eva Lichok berkata, daripada 62 orang telah membuat saringan, lima daripada mereka dikesan positif dadah jenis syabu.

“Daripada lima orang lelaki ini, seorang berusia lingkungan 13 hingga 20 tahun sementara empat lagi berusia antara 21 hingga 40 tahun,” katanya dalam kenyataan media.

Menurut Eva, lima lelaki yang dikesan positif dadah disiasat di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah 1983.

“Mereka dibebaskan selepas keterangan diambil dengan jaminan keluarga dan AADK.

“Sementara menunggu keputusan pengesahan muktamad dari Makmal Patologi Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk dikenakan tahanan di PUSPEN (Sek.6(1)(a) atau menjalani pengawasan selama 2 tahun (Sek.6(1)(b) di bawah akta yang sama,” jelasnya.

Operasi bersepadu sekatan jalan raya diketuai oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Daerah Serian bermula jam 9 pagi hingga 12 tengahari, semalam. –Sarawakvoice

OPERASI … Operasi bersepadu di Jalan Kuching/Serian/ foto ihsan: AADK Sarawak
KETERANGAN … Pihak AADK mendapat keterangan dalam operasi bersepadu di Jalan Kuching/Serian, semalam.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru