Friday, December 3, 2021

Rasai roti bakar Surabaya yang enak di Sibu

Secara Rawak

SIBU: Menjual burger sudah menjadi signifikan kepada rakyat Malaysia. Jualan Roti Bakar kini mula mendapat tempat dalam kalangan penduduk Sibu.

Haziman Mahathir, 26 tahun, Mahasiswa Universiti Islam Negeri Sunan Ampel , Surabaya berkata, “saya menjual sebab saya sememangnya suka berniaga.”

“Saya berjalan sekeliling perkampungan di Surabaya, dan saya terjumpa gerai menjual roti bakar. Jadi, saya merasakan ini boleh dibawa ke Malaysia kerana di Sibu tidak ada jual benda ini dengan menjual satu buku roti, ” jelasnya.

Ujarnya, ” di Malaysia cuma popular dengan jualan burger, tetapi di Surabaya popular dengan jualan roti bakar. Oleh sebab itulah, saya cuba membawa budaya itu ke Sibu untuk dijual dengan para pelanggan saya.

“Sememangnya di Sibu cuma ada jual yang keping sahaja bukan yang sebuku roti, dan roti itu kami buat sendiri dan kami tidak membeli roti yang ada di Pasaran tempatan kerana saya ingin mencipta kelainan di sini, ” tambahnya lagi.

Terdapat pelbagai jenis perisa yang ada dijual dengan harga yang berpatutan, dan bagi sesiapa yang belum mencuba roti bakar Haziman, boleh lah ke Taman Harmoni di Gerai No 45 untuk merasai keenakan roti ini. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru