Friday, December 3, 2021

Sarikei akan terus dibangunkan dengan infrastruktur, pendidikan

Secara Rawak

SARIKEI: Kawasan Sarikei khasnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Repok akan terus dibangunkan dengan pendidikan dan infrastruktur.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok YB Dato’Sri Huang Tiong Sii berkata pembangunan yang pernah dijanjikan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak lepas akan ditunaikan.

“Projek Tanjong Manis yang pernah diumumkan sebelum ini akan bermula tidak lama lagi.

“Juga, saya akan memberikan sumbangan sebanyak RM5,000 kepada setiap sekolah rendah dan RM10,000 kepada sekolah menengah di kawasan DUN Repok,” katanya semasa berucap di Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina yang dihadiri kira-kira 3,000 orang tetamu, hari ini.

Terdahulu, beliau mengucapkan terima kasih kepada Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg yang telah banyak membantu beliau dalam merancang pembangunan di Sarikei.

Begitu juga kepada penduduk Sarikei yang telah memberikan sokongan dan keyakinan kepadanya selepas dipilih sebagai ADUN Repok.

Dato’Sri Huang Tiong Sii turut mengumumkan peruntukan bagi Projek Kecil Luar Bandar (MRP) DUN Repok bagi menaik taraf jalan-jalan luar bandar.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru