Friday, December 3, 2021

Program Night At The Museum berpotensi promosikan Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Dianggarkan seramai 90 orang pelajar termasuk pensyarah yang terlibat dalam Acara Treasure Hunt Night At The Museum yang berlangsung selama 2 hari, dan antaranya mereka datang dari Malaysia, Indonesia, Thailand, dan Laos.

Ini juga merupakan program yang julung kalinya di anjurkan di Sarawak dan khususnya Malaysia dengan kerjasama UNIMAS dan Thaksin University.

Menurut Timbalan Dekan Pascasiswazah dan Penyelidikan, Malia Taibi , berkata program ini bertujuan untuk mempromosikan pemahaman antara budaya yang berbeza dari segi makanan adat mahupun sejarah negeri Sarawak itu sendiri.

Antara muzium yang terlibat di sekitar pusat bandar adalah Muzium Seni, Muzium Sejarah, Muzium Tekstil, Muzium Islam, dan Muzium Cina.

‌Turut hadir Suria bin Bujang ,Pemangku Pengarah Jabatan Muzium Sarawak untuk upacara merasmi dan melepaskan peserta Acara Treasure Hunt Night At The Museum di Museum Seni, Jalan Tun Abang Haji Openg Kuching hari ini.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru