Friday, December 3, 2021

Lelaki muda hilang di Saratok masih gagal dijejaki

Secara Rawak

KUCHING: Operasi mencari dan menyelamat Duncan Leslie, 26, yang memasuki hari kedua masih menemui jalan buntu.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, mangsa dikhuatiri hilang di simpang Nanga Budu, Krian Saratok Jumaat lalu yang kini masih gagal ditemui.
“Mangsa yang berasal dari Rumah Rosita Dugat dikhuatiri hilang dengan memakai baju T hitam dan seluar pendek coklat.

“Operasi mencari dan menyelamat untuk hari kedua ini kita tangguhkan pada pukul 5.15 petang tadi,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu berkata, pihak bomba bertindak selepas menerima laporan dari Balai Polis Saratok.

Terdahulu, penduduk menjumpai topi dan selipar milik mangsa di tepi sungai yang terletak 12 kilometer dari rumah panjang terbabit.

Menurut rakannya, mangsa dalam keadaan mabuk dan terus berlari ke arah jalan raya di kawasan sekitar Pejabat Pendaftaran Nanga Budu pada pukul 5 petang Jumaat lalu. –Sarawakvoice

Gambar: IHSAN BOMBA

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru