Saturday, January 22, 2022

Lelaki mati selepas gauli isteri, makan durian dan ambil minuman energi

Secara Rawak

MINAHASA: Makan durian dan duku, kemudian Alfianus Laki, 26, minum kopi serta mengambil minuman tenaga.

Sejurus selepas itu dilaporkan lelaki itu mengadakan hubungan intim dengan isterinya.
Semua ini dikaitkan dengan kematian Alfianus dari Desa Tombuluan, Kecamatan Tombulu, Kabupaten, Minahasa menurut Tribunnews pada Jumaat.

Akaun Facebook Eka Kapia Lnd memuat naik 11 foto berkaitan kematian lelaki berkenaan pada 1.30 pagi Khamis.

Pihak polis Minhasa turut mengesahkan kematian lelaki terbabit berpunca daripada pengambilan minuman dan buah terbabit sebelum mengadakan hubungan intim dengan isterinya.

Bagaimanapun, pengambilan kafein tinggi daripada minuman terbabit serta keletihan dikatakan menjadi punca mangsa mendapat serangan jantung sehingga meninggal dunia. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru