KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Julau Larry Sng Wei Shien berhasrat untuk meninjau keadaan tahanan bersama ahli keluarga dan wakil media ke Kemboja.

Kata Larry, beliau menulis surat kepada Menteri Luar Negeri Dato’ Saifuddin Abdullah dan memberitahu keinginannya meninjau 47 warganegara Malaysia yang ditahan di Penjara Banteay Meanchey di sana.

“Salah seorang tahanan telah dimasukkan ke hospital dan menjalani pembedahan perut, berita itu yang disampaikan oleh ahli keluarganya kerana komunikasi mereka agak terhad.

“Saya terpaksa menggunakan kapasiti peribadi untuk berkomunikasi dengan mereka di sana kerana komunikasi disekat dan terhad,” katanya lagi.

Larry turut meminta agar rakyat Malaysia untuk bersama-sama mendoakan keadaan semua tahanan selamat. –Sarawakvoice

Gambar fail