Friday, December 3, 2021

Ketua Menteri teruskan ziarah Tahun Baharu Cina di Sibu

Secara Rawak

SIBU: Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg serta isteri meneruskan sambutan Tahun Baharu Cina di Sibu.

Abang Johari dan isteri yang tiba di Sibu pada jam 10.30 pagi terus ke rumah pemimpin-pemimpin tempatan di Sibu.

Rumah pertama yang dikunjungi oleh Ketua Menteri ialah Rumah Datuk Wong Kuo Hea di Jalan Sena. Rombongan Ketua Menteri mengambil masa lebih kurang selama satu jam menziarahi Datuk Wong Kuo Hea.

Rumah kedua yang dikunjungi oleh Ketua Menteri ialah rumah Datuk Toh Chiew Hock di Jalan Upper Lanang.

Selepas itu, Ketua Menteri terus ke rumah Datuk Chieng Buong Toon di Taman Rejang untuk melakukan kunjungan Tahun Baharu Cina. Datuk Chieng Buong Toon merupakan Pengerusi SUPP Sibu.

Rumah seterusnya yang dikunjungi oleh Ketua Menteri ialah Rumah Menteri Kewangan Kedua Sarawak, Datuk Seri Wong Soon Koh di Jalan Ipoh untuk makan tengah hari.

Rumah terakhir yang dikunjungi oleh Ketua Menteri ialah Rumah Pengerusi Majlis Pembandaran Sibu, Datuk Tiong Thai King di Jalan Tun Abang Haji Openg.

Pada sebelah malam, Ketua Menteri akan makan malam di Jalan Terap dimana terletaknya rumah Datuk Jason Tai. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru