Friday, December 3, 2021

Ketua Menteri pantau rapi nasib 44 anak Sarawak dalam penjara di Kemboja

Secara Rawak

KUCHING: Ketua Menteri berkata kerajaan Sarawak memantau rapi perkembangan kes penahanan 44 anak Sarawak yang kini berada di dalam penjara di Kemboja.

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, tindakan yang diambil adalah  berhubungan rapat dengan agensi berkaitan termasuk wakil Wisma Putra di Kuching.

Empat puluh tujuh warga Malaysia, kebanyakannya dari  Sarawak kini ditahan di sebuah penjara, sekitar 446 kilometer dari ibu negara Kemboja.

Mereka difahamkan ditahan oleh pihak berkuasa Kemboja pada Disember lalu.

Abang Johari berkata langkah itu diambil bagi memudahkan Kerajaan Sarawak mengambil langkah tertentu termasuk bantuan yang dapat dihulurkan kepada mangsa.

“Kerajaan Sarawak bercadang hantar wakil ke Kemboja bagi proses rundingan. Kita yakin hubungan baik dengan Kemboja dapat tangani isu ini dengan cara baik,” katanya semalam.

Mangsa terbabit dipercayai diperdaya oleh sindiket pemerdagangan manusia yang berjanji memberi gaji lumayan, selain tiket dan tempat tinggal percuma.

Sindiket itu menyasarkan mereka dari luar bandar dengan tawaran kerja yang menggiurkan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru