SIBU: Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidikan Teknologi, Dr Annuar Rapaee akan bersama penduduk Kampung Dato malam ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Nangka akan mengadakan perjumpaan di Gerai Sarimah , Kampung Dato pada jam 8.15 malam.

Program yang diberikan nama ‘ Dr Annuar kelakar dengan nembiak kampong ‘ bagi mendapat luahan hati dan pendapat penduduk Kampung Hilir khususnya daripada golongan orang muda di kawasan berkenaan.

Beliau juga berkongsi program ini di catatan terbaharu Facebooknya.

Kata Annuar , “Semua sidak orang muda Kampong Datuk lama jangan lupa malam tuk!!.

“Berloya dan relek dengan kamek di gerai No 66 & 68 di Kampong Datuk Lama jam 8.15 malam,” ujarnya lagi.

Semua warga Kampung Dato dan khususnya golongan muda dijemput hadir bagi memeriahkan majlis dan memberikan pendapat dan pandangan kepada Dr Annuar Rapaee. –Sarawakvoice